Tuesday, 13 September 2011

25 sebab yang membolehkan suami "mental" sekejap



1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "Hubby I tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla"

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "Hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer..ok tak"

3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "Kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "Bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya...dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. ie "Eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "Bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "Saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah... kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "I dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??"

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "Screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."


11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "Malam nih I jemput Lina dan Anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan"

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie." sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. "i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. "eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama Susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

http://www.tentangcinta.com

8 C yang tidak disukai lelaki/suami


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.



C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….


C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


http://www.tentangcinta.com

Monday, 12 September 2011

Women are complex creatures



If you kiss her, you are not a gentleman
If you don't, you are not a man

If you praise her, she thinks you are lying
If you don't, you are good for nothing

If you agree to all her likes, you are a wimp
If you don't, you are not understanding

If you visit her often,she thinks it is boring
If you don't , she accuses you of double-crossing

If you are well dressed, she says you are a playboy
If you don't , you are a dull boy

If you are jealous, she says it's bad
If you don't, she thinks you do not love her

If you attempt a romance, she says you didn't respect her
If you don't, she thinks you do not like her

If you are a minute late, she complains it's hard to wait
If she is late, she says that's a girl's way

If you visit another man, you're not putting in "quality time"
If she is visited by another woman, "Oh it's natural, we are girls"

If you kiss her once in a while, she professes you are cold
If you kiss her often, she yells that you are taking advantage

If you stare at another woman, she accuses you of flirting
If she is stared by other men, she says that they a just admiring

If you talk, she wants you to listen
If you listen, she wants you to talk


In short:


So simple, yet so complex
So weak, yet so powerful
So confusing, yet so desirable
So damning, yet so wonderful

CUCI TANGAN LEPAS GUNAKAN ATM



Setiap kali selepas mengeluarkan wang daripada ATM, anda mungkin ingin menimbangkan kemungkinan mencuci tangan. Ujian kebersihan menunjukkan bahawa ATM sama kotornya dan mempunyai kuman yang hampir serupa dengan kuman di tandas awam.

Pakar-pakar kesihatan telah menguji mesin-mesin itu di sekitar England dan mendapati mesin-mesin itu dipenuhi bakteria termasuk jenis kuman yang boleh menyebabkan sakit dan cirit-birit. Seorang pakar mikrobiologi perubatan di Universiti Kingston, Dr Mark Fielder
, menyatakan jika tangan tidak dicuci bersih, pelbagai jenis organisme akan berpindah ke butang-butang ATM.


'Seperti juga anda mencuci tangan selepas keluar tandas, adalah penting untuk anda mencuci tangan selepas mengeluarkan wang,' ujarnya. - Dailymail

Syak suami curang punca stres



Kajian menunjukkan wanita Malaysia di tangga ke-16 paling tertekan

KUALA LUMPUR : Curiga suami mempunyai wanita lain, anak tidak pandai dalam pelajaran dan tidak bekerja antara faktor ramai wanita di negara ini mengalami tekanan perasaan. 

Bagi yang bekerja pula, ada yang menghadapi tekanan kerana terpaksa bekerja dua kali ganda untuk mendapat pengiktirafan majikan berbanding lelaki kerana persepsi lelaki lebih berupaya memegang sesuatu jawatan.

Sunday, 11 September 2011

Lelaki Handsome VS Lelaki Tak Handsome



Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...


Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

http://www.tentangcinta.com

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk




Diam Seribu Bahasa

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu

Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )


Masam Muka

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar

Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam

Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit

Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok

Macam tak pernah dapat rokok setahun...


Temenung Atas Bumbung

heheheeheh...


http://www.tentangcinta.com

Friday, 9 September 2011

4 Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk



Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.
Selain daripada 4 tips ini, kami juga ada menulis beberapa artikel mengenai tips memujuk mereka yang merajuk. Di antaranya adalah:
Diharapkan dengan tips yang kami kongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.
Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kita yang sedang merajuk itu. :)

http://www.tentangcinta.com