Setiap kali selepas mengeluarkan wang daripada ATM, anda mungkin ingin menimbangkan kemungkinan mencuci tangan. Ujian kebersihan menunjukkan bahawa ATM sama kotornya dan mempunyai kuman yang hampir serupa dengan kuman di tandas awam.
Pakar-pakar kesihatan telah menguji mesin-mesin itu di sekitar England dan mendapati mesin-mesin itu dipenuhi bakteria termasuk jenis kuman yang boleh menyebabkan sakit dan cirit-birit. Seorang pakar mikrobiologi perubatan di Universiti Kingston, Dr Mark Fielder, menyatakan jika tangan tidak dicuci bersih, pelbagai jenis organisme akan berpindah ke butang-butang ATM.
'Seperti juga anda mencuci tangan selepas keluar tandas, adalah penting untuk anda mencuci tangan selepas mengeluarkan wang,' ujarnya. - Dailymail
No comments:
Post a Comment