Seperti diketahui umum, maksud ibadah poligami dalam perkahwinan adalah seorang suami memiliki lebih dari seorang isteri pada masa yang sama. Amalan mempunyai ramai isteri ini bukanlah satu perkara baru, malah sudah diamalkan beribu-ribu tahun yang lampau. Ada di antara mereka mempunyai beratus-ratus atau beribu orang isteri. Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah mereka mampu mengaturkan dan menggiliri isteri-isteri mereka masing-masing yang begitu ramai. Tidak terdaya akal memikirkannya! Apakah agaknya rahsia mereka!
Bagi pasangan monogami masa kini, iaitu bagi suami yang mempunyai hanya satu isteri, mereka masih tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersua muka. Dalam sehari mereka dapat berjumpa hanya beberapa minit sahaja, bagaimana pula jika ada suami yang berniat untuk berpoligami! Alangkah pening kalau difikirkannya, tetapi itulah realitinya. Sudah pasti di sebalik kisah ini mempunyai suatu rahsia yang tersurat dan tersirat, hanya dikurniakan pengetahuan (rahsia) ini pada hamba-hamba pilihanNya sahaja. Beruntunglah mereka atas kurniaan ini.
Di antara faktor asas yang biasa difahami apabila seseorang itu mengamalkan ibadah poligami adalah:
(a) Akibat peperangan, iaitu apabila terdapat suami yang terkorban mati syahid. Hal ini biasa berlaku di zaman Rasulullah saw.
(b) Ingin membantu ibu-ibu tunggal.
(c) Ingin membantu kaum wanita yang miskin dan sebagainya.
(d) Terpikat dengan gadis-gadis cantik yang sering menggoda tanpa mengira status lelaki yang digodainya.
(e) Untuk mengelakkan maksiat kerana selalu berurusan dalam urusniaga dan pekerjaan.
(f) Bertanggungjawab atas sebab ketelanjuran.
(g) Ego pihak lelaki untuk mempunyai pasangan lain.
(h) Merasakan diri cukup sempurna dan mampu dari segi material.
(i) Seks yang tidak terkawal dan sebagainya.
Apa jua alasan yang dikemukakan, hakikatnya ibadah poligami adalah satu ketetapan Tuhan, ”Poligami Anugerah Tuhan”. Ia satu ketetapan yang sudah tertulis sejak azali lagi dalam kitab induk Lauh Mahfuz, samada pasangan seseorang itu meredhainya atau membencinya. Ianya adalah ketetapan mutlak Allah swt untuk menentukannya sekadar untuk menguji hamba-hambaNya yang soleh (soleha) maupun hamba yang engkar (munafik).
Firman Allah swt:
“ Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka “ (Surah Al-Qashash : 68)
Sejak kebelakangan ini, urusan ibadah poligami semakin disulitkan. Sebelum ini, urusan ibadah poligami bukanlah sukar dan telahpun menjadi budaya beribu-ribu tahun yang lampau iaitu sebelum kebangkitan Islam sehinggalah syariat yang turun dari langit mengiktirafkannya dan memuliakannya. Sebab itu, Rasulullah saw, sahabat-sahabat baginda, tabi`in-tabi`in, tabi` tabi`in, ahli-ahli sufi yang agong dan sebagainya telah mengamalkannya. Penentangan terhadap amalan ibadah poligami mendapat sokongan global terutamanya semenjak terkuburnya institusi khalifah pada tahun 1924 di Turki yang ditumbangkan oleh Mustaffa.

Mustaffa melarang poligami dalam pentadbirannya. Melalui fatwa dan tafsir Abduh, pada tahun 1956 Presiden Tunisia Bourguiba mengesahkan undang-undang supaya melarang poligami. Tunisia adalah satu-satunya negara Muslim yang melarang poligami sehinga sekarang. Melalui pentadbiran Mustaffa, pelbagai penyelewengan diusahakan dengan cara melantik dan melatih pemimpin-pemimpin baru (Islam munafik) secara terancang, kononnya ingin memertabatkan wanita dan memperjuangkan hak wanita dan melarang poligami. Bukan setakat itu, usaha ini meraih kejayaan yang sangat besar sehingga mampu mempengaruhi lebih dari dua pertiga umat Islam secara global kerana pemikiran Mustaffa diterima oleh kebanyakan pemimpin Islam (munafik).
Hasilnya, usaha ini mampu melahirkan majoriti golangan munafik dalam setiap rumah dan tidaklah perlu bersusah payah lagi. Segala aktiviti hiburan dan maksiat atau apa sahaja yang bercanggah dengan Islam mendapat sambutan hangat tanpa ikhtiar yang membebankan. Ada pihak yang sanggup menjadi tulang belakang untuk memberi sokongan, bermula daripada peringkat akar umbi (orang awam) sehinggalah kepada peringkat orang kenamaan. Janganlah hairan jika didapati pemimpin-pemimpin Melayu, dan ada juga di antaranya terdiri dari ketua agama tidak malu dan engkar terhadap ancaman azab Allah swt sehingga berani menghadirkan diri memakmurkan majlis konsert-konsert maksiat. Tidak ada siapa yang berani melarang golongan seperti ini, seolah-olah kebal dari hukum Tuhan.
Inilah kesan betapa hebat kesan pengaruh puak-puak munafik dan orang-orang kafir terhadap golongan pemimpin yang lemah iman dan akalnya. Natijahnya, urusan agama Islam yang suci murni mampu dikelirukan sehingga pemimpin agama sekadar menjadi pak turut sahaja. Inilah dia punca kenapa ibadah poligami dengan mudah diputarbelitkan dengan pelbagai takwil yang menyeleweng. Wahai saudara-saudaraku, wahai pemimpin! baliklah ke pangkal jalan sebelum terlambat! Sesungguhnya Rahmat Allah swt itu mampu mengalahkan MurkaNya. Sesungguhnya maut tidak mengenal masa! Ingatlah, bahwasanya setiap hari sebanyak 70 kali Malaikat Maut melawat kita.
Dengan usaha yang terancang, maka akhirnya banyak diwujukan tapak-tapak maksiat pelbagai rupa tanpa adanya pihak yang menentang. Persembahannya yang menarik, konsepnya yang hebat, menyeronokkan, menggiurkan dan sebagainya sehingga mampu melalaikan dan melumpuhkan akidah majoriti umat Islam. Adalah sukar untuk berkerjasama dengan pemimpin-pemimpin agama untuk menentang kegiatan-kegiatan tidak bermoral ini.

Sebaliknya, apabila ada pihak yang cuba menentang dan bersuara, pemimpin (munafik ini) menggunakan kuasa yang dikurniakan menghalangkan kita membantu Allah swt untuk mengengkari kekufuran. Tidaklah menghairankan, ada pula pemimpin agama (ulama) sanggup menerima undangan untuk membaca doa selamat semoga program (maksiat) yang sedang dilaksanakan itu kononnya bakal mendapat keberkatan Allah swt demi untuk memprolehi habuan yang tak seberapa atau untuk mendapat nama. Kita biasa mendengar: “Majlis membaca doa selamat dan perlancaran album atau filem”, ini menunjukkan dua perkara bertentangan (tuntutan dan larangan) telah disatukan oleh ulama! Na`uzubillah minzalik.
Hal yang serupa inilah berlaku apabila membicarakan soal peruntukan undang-undang ibadah poligami yang jelas bertenangan hukum syarak di negara ini yang akan dijelaskan dalam buku ini. Ingatlah , “ Dan barangsiapa tidak memutuskan perkara dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir/zalim/fasik‘’ (Surah Al Maidah : 44/45/47) dan menurut tafsir terdiri daripada golongan Kufur Akbar.
3. Hujah Penentangan Poligami
Di akhir zaman ini, dunia akan dipenuhi oleh kaum wanita sehingga nisbah seorang lelaki dengan perempuan adalah 1:40 atau mungkin lebih menurut hadis Nabi saw (Riwayat Abu Musa r.a). Dengan nisbah yang tinggi ini sudah tentu kita menyangka ibadah poligami akan mendapat tentangan hebat daripada kaum wanita, tetapi yang menghairankan, sebaliknya telah berlaku. Ramai kaum lelaki pula yang beria-ia menentang dan memutarbelitkan ibadah ini. Yang mengelirukan lagi adalah sesetengah penentangan itu datangnya daripada kalangan ulama-ulama yang terkenal sehingga ada yang begitu berani mengharamkannya !
Pelbagai pendekatan telah dan sedang dikemukakan oleh pihak berwajib atau pihak tertentu untuk menentang (menyekat, menyusahkan dan menyulitkan) ibadah poligami ini. Orang awam yang cetek ilmunya dalam hal ini akan tertipu dan memperakui sahaja apa yang diwartakan tanpa banyak bicara.
Di antara hujah-hujah yang dikemukakan untuk menentang amalan poligami dipetik dari beberapa sumber penulisan dan kajian oleh beberapa pihak adalah seperti berikut, pihak penentang mendakwa: -
a. Sepanjang hayatnya, Nabi lebih lama bermonogami daripada berpoligami. Monogami dilakukan Nabi di tengah masyarakat yang menganggap poligami adalah lumrah. Rumah tangga Nabi SAW bersama isteri tunggalnya, Khadijah binti Khuwalid RA, berlangsung selama 28 tahun. Baru kemudian, dua tahun sepeninggal Khadijah, Nabi berpoligami. Itu pun dijalani hanya sekitar delapan tahun dari sisa hidup beliau. Dari kalkulasi ini, sebenarnya tidak beralasan pernyataan "poligami itu sunah".
b. Dengan menelusuri kitab Jami’ al-Ushul (kompilasi dari enam kitab hadis ternama) karya Imam Ibn al-Atsir (544-606H), kita dapat menemukan bukti bahwa poligami Nabi adalah media untuk menyelesaikan persoalan sosial saat itu, ketika lembaga sosial yang belum cukup kukuh untuk solusi.
c. Ayat Al Quran (QS An-Nisa, 4: 2-3) yang berbicara tentang poligami sebenarnya tidak mengungkapkan hal itu pada konteks memotivasi, apalagi mengapresiasi poligami. Ayat ini meletakkan poligami pada konteks perlindungan. Ayat ini digunakan oleh kalangan yang propoligami sebagai "hak penuh" laki-laki untuk berpoligami. Dalih mereka, perbuatan itu untuk mengikuti sunah Nabi Muhammad SAW.
d. Di dakwa bahawa amalan poligami dianggap sebagai tolok ukur keislaman seseorang, semakin aktif berpoligami dianggap semakin baik poisisi keagamaannya. Atau, semakin bersabar seorang istri menerima permaduan, semakin baik tinggi keimannya. Slogan-slogan yang sering dimunculkan misalnya, "poligami membawa berkah", atau "poligami itu indah", dan yang lebih popular adalah "poligami itu sunah".
e. Imam al-Alusi dalam tafsirnya, Rûh al-Ma’âni, menyatakan, nikah bisa diharamkan ketika calon suami tahu dirinya tidak akan bisa memenuhi hak-hak isteri, apalagi sampai menyakiti dan mencelakakannya. Demikian halnya dengan poligami.
f. Ketika Nabi melihat sebahagian sahabat telah mengawini delapan sampai sepuluh perempuan, mereka diminta menceraikan dan menyisakan hanya empat. Itulah yang dilakukan Nabi kepada Ghilan bin Salamah ats-Tsaqafi RA, Wahb al-Asadi, dan Qais bin al-Harits.
g. Hadis di petik “Barang siapa yang mengawini dua perempuan, sedangkan ia tidak bisa berbuat adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus" (Jâmi’ al-Ushûl, juz XII, 168, nomor hadis: 9049).
h. Teks-teks hadis poligami sebenarnya mengarah kepada kritik, pelurusan, dan pengembalian pada prinsip keadilan. Dari sudut ini, pernyataan "poligami itu sunah" sangat bertentangan dengan apa yang disampaikan Nabi. Apalagi dengan melihat pernyataan dan sikap Nabi yang sangat tegas menolak poligami Ali bin Abi Thalib RA. Anehnya, teks hadis ini jarang dimunculkan kalangan propoligami. Padahal, teks ini [ diriwayatkan para ulama hadis terkemuka: Bukhari, Muslim, Turmudzi, dan Ibn Majah]. Nabi SAW marah besar ketika mendengar putri beliau, Fathimah binti Muhammad SAW, akan dipoligami Ali bin Abi Thalib RA. Ketika mendengar rencana itu, Nabi pun langsung masuk ke masjid dan naik mimbar, lalu berseru: "Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengawinkan putri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, Sama sekali, saya tidak akan izinkan. Sama sekali, saya tidak akan izinkan, kecuali bila anak Abi Thalib (Ali) menceraikan anakku dahulu, kupersilakan mengawini putri mereka. Ketahuilah, putriku itu bagian dariku; apa yang mengganggu perasaannya adalah menggangguku juga, apa yang menyakiti hatinya adalah menyakiti hatiku juga." (Jâmi’ al-Ushûl, juz XII, 162, nomor hadis: 9026).
i. Sama dengan Nabi yang berbicara tentang Fathimah, hampir setiap orang tua tidak akan rela jika putrinya dimadu. Seperti dikatakan Nabi, poligami akan menyakiti hati perempuan, dan juga menyakiti hati orang tuanya.
j. Dari cara pandang budaya memang menjadi jelas bahwa poligami merupakan proses dehumanisasi perempuan. Mengambil pandangan ahli pendidikan Freire, dehumanisasi dalam konteks poligami terlihat mana kala perempuan yang dipoligami mengalami “self-depreciation ” . Mereka membenarkan, bahkan bersetuju dengan tindakan poligami meskipun mengalami penderitaan lahir batin luar biasa. Tak sedikit di antara mereka yang menganggap penderitaan itu adalah pengorbanan yang sudah sepatutnya dijalani, atau poligami itu terjadi karena kesalahannya sendiri.
k. Menurut Su'ad Ibrahim Sholeh, seorang professor fiqih di Universitas al Azhar Mesir, "Poligami sesungguhnya merupakan keringanan yang diberikan dalam kondisi khusus dan dengan syarat-syarat tertentu. Menurut al Maraghi, pemilik tafsir al Maraghi: "Poligami tidak sesuai dengan konsep mawaddah wa rahma dan ketenangan jiwa terhadap seorang wanita, yang merupakan rukun kebahagiaan pasangan suami sitri. (Siti Habiba, Batam, 30 Agustus 2005)
l. Dalil di petikan dari Al-Quran dan Hadis:-
Firman Allah swt :-
"Dan kamu sekali-kali ridak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.." (An-Nisa': 129).
“Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja..." (An-Nisa': 3)
Sabda Rasulullah saw:-
"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, kemudian lebih mencintai kepada salah satu di antara keduanya maka ia datang pada hari kiamat sedangkan tubuhnya miring sebelah. " (HR. Al Khamsah)
m. Dari penganalisaan soal poligami ini beberapa ulama kontemporeri, seperti Syekh Muhammad Abduh, Syekh Rashid Ridha, dan Syekh Muhammad al-Madan ketiga-tiganya ulama terkemuka Azhar Mesir lebih memilih memperketat.
n. Lebih jauh Abduh menyatakan, poligami adalah penyimpangan dari realiti perkawinan yang wajar dan hanya dibenarkan secara syar’i dalam keadaan darurat sosial, seperti perang, dengan syarat tidak menimbulkan kerusakan dan kezaliman (Tafsir al-Manar, 4/287). Karena itu, Muhammad Abduh dengan melihat kondisi Mesir saat itu, lebih memilih mengharamkan poligami.
o. Bagi kalangan wanita yang pro poligami, berbagi suami seolah menyamakan suami dengan sesuatu yang bisa dibagi atau memperlakukan suami seperti “piala bergilir”. Apakah suami bagi mereka yang pro poligami hanyalah teman tidur yang bisa dibagi-bagi menurut keperluan?
p. Herannya, mengapa hanya perempuan yang diimbau untuk berbagi? Kalau “berbagi” merupakan sikap kemanusiaan terpuji, mengapa para suami tidak pula diimbau untuk berbagi istri? Bukankah setiap perilaku terpuji menjanjikan pahala bagi pelakunya: laki-laki dan perempuan?
q. Sebagian besar isteri Rasul sudah berumur, punya anak banyak, dan janda para sahabat Rasul yang gugur membela Islam. Rasul pernah ditanyai, “Ya Rasul, mengapa engkau tidak menikahi perempuan dari kalangan Anshar yang sangat terkenal dengan kecantikannya?” Rasul menjawab, “Mereka adalah para perempuan yang sangat pencemburu dan tidak sabar dimadu, sementara aku memiliki beberapa isteri, dan aku tidak mau menyakiti kaum perempuan berkenaan dengan hal itu.” Jawaban Rasul menujukkan dengan jelas bahwa poligami akan menyakiti hati perempuan. Rasul terlalu mulia untuk menyakiti hati perempuan, bahkan beliau diutus demi mengangkat martabat perempuan yang sudah sangat terpuruk. Terbukti Rasul tidak memilih perempuan muda dan cantik sebagaimana lazim dilakukan laki-laki. Tujuan pernikahan Rasul bukanlah untuk urusan biologis, melainkan untuk kepentingan syiar agama.
r. Hal inilah yang mendasari keharaman poligami dalam Undang-Undang Keluarga Turki dan Tunisia. Tunisia adalah negara yang berdasarkan syari’at Islam, tetapi mengharamkan poligami. Dengan alasan poligami yang sekarang dipraktikan umat Islam bertentangan dengan perilaku Rasul. Poligami umat Islam sudah mencapai tahap crime against humanity (pelanggaran terhadap kemanusiaan).
s. “Jadi anjuran baik dari Al-quran atau hadis-- yang menyebut poligami sebagai sesuatu yang baik tidak ada sama sekali. Karena itu, pandangan yang beredar di masyarakat, seperti kasus Puspowardoyo atau Drs. Muhammad Thalib yang menulis buku Tuntunan Poligami dan Keutamaannya kurang tepat. Mereka jelas-jelas menganjurkan, bahkan menganggapnya perintah. Dalam pandangan mereka, orang yang berpoligami lebih baik daripada yang monogami (Rhoma Irama yang berpoligami juga berpendapat demikian, Red). Bahkan disebutkan bahwa poligami akan menambah rezeki, memberi peluang masuk surga lebih banyak. Ini lucu sekali!”. Kenyataan ini diterima daripada FAQIHUDDIN, seorang lelaki yang anti poligami, mungkin berasal dari tanah seberang.
t. Dalam literatur fikih kita selama ini, soal poligami dianggap sebagai praktik agama yang legal dan sah-sah saja. Kenapa formulasi fikih bisa seperti itu?
Dijawab oleh Faqihuddin dari sumber internet: Kita harus pahami kalau fikih ditulis di masa lalu, di mana posisi perempuan dan daya tawarnya sangat lemah. Tak banyak orang yang menyuarakan kepentingan perempuan. Jadi ketika mereka berbicara tentang keadilan, jarang sekali yang berbicara dari perspektif kaum perempuan.
u. Kitab-kitab fikih juga kebanyakan ditulis oleh laki-laki?
Di ulas oleh Faqihuddin: Itu salah satu poin juga. Tapi ada suatu masa di mana ada sekitar 9900 ahli hadis perempuan. Tapi begitu masanya makin ke belakang, justru yang terjadi sebaliknya. Mereka tinggal beberapa orang saja, bahkan kita tidak mengenal seorang ulama perempuan dalam bidang fikih. Kalau tasauf kita mengenal Rabiah al-Adawiyah, tapi dalam hal fikih, kita tidak mengenal satu orang pun. Ini salah satu persoalan mengapa faktor advokasi perempuan kurang banyak dilakukan.
Wahai pembaca yang budiman, apakah agaknya reaksi atau pandangan saudara tentang hujah-hujah yang dikemuka di atas. Adakah anda percaya? keliru? atau bagaimana? lebih-lebih lagi berkaitan dengan peristiwa antara Sayidina Ali KW dan Saidatina Fatimah Az-Zahra apabila mendapat tentangan hebat daripada Rasulullah saw sendiri sehingga baginda saw naik ke atas mimbar dan menyatakan tiga kali tanda tidak merestui menantunya Sayidina Ali K.W dan bersabda :-
1. “Aku tidak akan mengizinkan.”
[ “innî lâ ‘âdzan ],
2. “Sama sekali, saya tidak akan izinkan”,
[ “tsumma lâ ‘âdzan (n)” ],
3. “Sama sekali, saya tidak akan izinkan, kecuali bila anak Abi Thalib (Ali) menceraikan anakku dahulu”
[ “tsumma lâ âdzan illâ an ahabba ‘ibn Abî Thâlib an yuthalliq ‘ibnatî “ ].
Di samping itu, terdapat pula hujah yang menggembirakan golongan penentang ini seperti yang dikemukakan oleh ulama-ulama Mesir satu ketika dahulu sehingga ada yang berani mengharamkannya. Hakikatnya, jika pembaca membuat kajian terperinci dalam soal ini, hanya melalui beberapa hujah ini sahaja yang ditekankan pergi balik di situ sahaja. Hujah-hujah ini jugalah digunakan dan dikongsikan bersama oleh semua penentang-penentang poligami di seluruh dunia dan tidak ada hujah lain lebih dari itu. Apa yang penting telah berlaku di sini adalah kebenaran disembunyikan dan akan diperincikan selanjutnya dalam buku ini.
Sekadar untuk pengetahuan pembaca, matlamat susunan buku ini bukanlah menggalakkan poligami. Tulisan dalam buku lebih kepada khidmat nasihat bagi mereka yang ingin berpoligami supaya memiliki pengetahuan yang luas dan tidak tertakluk kepada peraturan thogut sediada dan wajib mengengkarinya walaupun terpaksa menerima hukuman dunia yang sementara tetapi lebih berbaloi daripada menerima balasan di akhirat yang tidak tertanggung oleh tubuh rohani dan jasmani. Beberapa perkara penting akan diperincikan sedemikian rupa sehingga pembaca akan dapati bahawa bukan sahaja majoriti lelaki tidak layak untuk berpoligami, malah untuk bermonogomi pun mungkin tidak layak kerana tidak mempunyai cukup ilmu yang selayaknya sebagai seorang muslim dan muslimah.
--------------------------------------------------------- Sekadar Renungan ---------------
Fakta dan bukti sejarah:-
1. Rasulullah Saw : 11 isteri.
2. Sayidina Abu Bakar As-Siddiq : 4 isteri
3. Sayidiba Umar Al-Khatab: 4 isteri
4. Sayidina Uthman bin Affan : 4 isteri .
5. Sayidina Ali Abi Thalib K.W : 4 isteri (Selepas Fatimah Az-Zahra).
6. Sayidina Abdul Rahman Bin Auf : 4 isteri
7. Sayidina Saad Al-Waqas : 4 isteri
8. Syeikh Muhiyyidin Abdul Qadir Al-Jilani : 4 isteri
4. Kenapa Ulama Membisu.
Sejarah telah membuktikan bahawa hampir semua pemimpin-pemimpin agama dan Ulama-ulama yang benar lagi telus, jika terus menerus menyampaikan kebenaran akan dipinggir, tidak mempunyai sebarang kedudukan, dituduh dan difitnah dengan pelbagai tomahan sehingga nyawa menjadi taruhan. Mereka mungkin akan dipenjara, diseksa dan dibunuh. Perkara ini berlaku sejak awal hijrah lagi dan akan terus berlaku. Contohnya adalah seperti berikut:
a. Rasulullah saw sendiri tidak pernah di “anak-emas”kan oleh Allah swt dalam soal perjuangan. Baginda saw sering difitnah, pernah diracun oleh orang Yahudi, dipulau dari tempat sendiri, ditomah dan menerima pelbagai ancaman hebat untuk menyampaikan kebenaran sehingga nyawa baginda menjadi taruhan. Hal ini turut ditimpa oleh khalifah-khalifah seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al Khatab dan lain-lain.
b. Khalifah Uthman bin Affan, Khalifah Ali bin Abi Talib dan juga cucu Rasulullah SAW iaitu Imam Hussein bin Ali juga dituduh oleh musuh sebagai murtad dan kafir.
c. Khalifah Uthman dan Khalifah Ali dibunuh oleh puak-puak pelampau yang memberontak.
d. Imam Hussein pula dibunuh oleh pemerintah yang menyeleweng. Kepala Imam Hussein ini telah dipenggal oleh pengkhianat dan disepak seperti bola. Inilah sejarah permulaan permainan bola. Sukan bola kini menjadi kebanggaan majoriti umat Islam masakini. Sejak kebelakangan ini pelbagai pendekatan telah direka untuk memeriahkan lagi sukan yang jelas haram ini lebih-lebih lagi digalakan untuk golongan kanak-kanak dan remaja. Na`uzubillah minzalik.
e. Imam Abu Hanifah An-Nu’man dan Imam Syafi’e dituduh menjadi kafir dan murtad. Di antara musuh mereka adalah yang merupakan pemerintah dan ada pula yang merupakan dari kalangan Ulama sezamannya sendiri. Imam Abu Hanifah berasal dari Parsi dan pelupor mazhab yang memberi ruang sangat luas kepada akal dalam mentafsirkan nas-nas agama dituduh menjadi kafir dan murtad. Beliau dipenjara dan diseksa tidak terkira semasa dua kali beliau ditahan oleh pihak pemerintah Kerajaan Abbasiah. Dalam tahanan terakhir, beliau diberi racun dan mati dalam penjara di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid. Beliau menghembus nafas terakhir dalam keadaan sujud.
f. Imam Bukhari yang merupakan perawi hadis yang sangat terkenal dan menghafal lebih dari 600, 000 hadis yang dikutip dari guru-gurunya melebihi seribu orang yang mempunyai wasilah dan rabitah sehingga sampai ke Rasulullah saw, dituduh menjadi kafir dan murtad. Di akhir hidupnya, Imam Bukhari tidak terdaya lagi menahan penyeksaan musuh dan beliau berdoa setiap masa supaya segera menemui ajal lalu dimakbulkan oleh Allah swt.
g. Imam Ahmad bin Hanbal tergolong dari Ulama dari abad ini menghadapi tuduhan yang sama dan dipenjara serta diseksa. Musuhnya pernah mengikat Imam Ahmad dengan rantai yang berat dan memaksanya berjalan dari bandar Tarsus hingga ke Baghdad. Beliau yang berjalan dengan menanggung bebanan berat rantai besi di tengah-tengah matahari terik itu dipukul dan disebat sepanjang jalan.
h. Imam Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau dituduh menjadi kafir dan murtad oleh ramai Ulama sezamannya. Para Ulama yang memusuhi beliau mengeluarkan fatwa supaya orang Islam tidak boleh membaca buku-buku karangan beliau dan juga mengarah supaya buku-buku beliau dibakar.
i. Ulama dan juga seorang ahli Sufi terkenal yang digelar sebagai Sultan Al-‘Arifin iaitu Syeikh Abdul Hayyi Abdul Murid Abdul Hamid Abdul Majid Muhiyyiddin Abdul Qadir Al-Jailani dituduh murtad oleh seorang Ulama bernama Abu Faraj Abdul Rahman Al-Jauzi yang mendapat sokongan dari kumpulan orang Islam yang memusuhi ahli Sufi itu.
j. Syihabuddin As-Sahrawardi, seorang ahli Sufi dituduh menjadi kafir dan murtad juga. Beliau dipenjara dan diseksa sehingga maut.
k. Ahli Sufi terkenal Syeikh Abu Hassan Asy-Syazali dan Syeikh Aziz bin Abdul Salam juga didakwa murtad dan kafir oleh ulama sezaman dengan mereka.
l. Syamsuddin At-Tabrizi, seorang Ulama sufi, disiat kulitnya hidup-hidup.
m. Syeikh Hamzah Al-Fansuri seorang Ulama Tasauf yang termashyur telah dihukum pancung oleh Syeikh Naruddin Al-Rahimi berserta kuncu-kuncunya yang terdiri daripada Ulama yang buta syariat.
n. Ulamak-ulamak yang berpegang kepada Mazhab Syafie pernah ditangkap dan dipenjarakan oleh Sultan yang ber”talam dua muka” dengan puak Kafir (Salib).
Peristiwa penindasan dan penentangan seperti di atas ini akan terus menerus berlaku sehingga sekarang. Contoh yang terdekat seperti berlakunya di Tanah Jawa. Lebih 6000 orang ulama benar lagi sufi telah dibunuh oleh pihak Belanda satu ketika dahulu. Ulama yang benar dituduh menyeleweng oleh ulama-ulama sezaman dengan mereka. Ulama berfikiran jahat begini begitu ramai di zaman ini memenuhi perut bumi dari timur ke barat, utara ke selatan. Sungguhpun begitu, terdapat juga pembela agama terdiri daripada ulama yang benar (yang tidak mempunyai sebarang kuasa dalam menentukan dasar), orang perseorangan atau harakah-harakah tertentu untuk menjernihkan segala kekeliruan ini, malangnya menghadapi tentangan yang hebat. Segala usaha terbantut dan kebenaran dipendamkan sahaja. Kehidupan pembela-pembela agama ini tidak ubah seperti “ulat di dalam cuka” dan agama yang dipegangnya mereka adalah ibarat “menggenggam bara api ditangan, jika diletakkan akan padam dan jika digenggam akan membakar”. (Maksud hadis Rasulullah saw).
Faktor utama ujudnya ulama-ulama terpesong ini adalah kerana penyakit (kerohanian) yang ada dalam kalbu mereka seperti hubud dunia, hadapkan rezeki dan kebesaran derajat daripada makluk, selesa dengan kedudukan sekarang dan tidak sanggup ditindas. Kebenaran sanggup disembunyikan untuk kepentingan sendiri dan pihak tertentu. Tidaklah menghairankan kerana kesemua hal ini telah diberitakan oleh Rasulullah s.aw lebih dari 1400 tahun yang lepas. Rasululllah saw memberi istilah kepada ulama terpesong ini dengan gelaran ulama su`i, iaitu ulama jahat (dunia). Mereka yang benar mengikut landasan agama akan dianggap asing, murtad, kafir dan sebagainya sebagaimana yang ditimpa oleh khalifah-khalifah terdahulu maupun ulama-ulama tersohor (akhirat), walhal mereka adalah golongan yang sangat benar lagi zuhud.

Keadaan ini sangat berbeza kerana dewasa ini hampir tidak ada seorang pun pemimpin agama atau ulama kita yang berani berkata benar, tidak ada seorang pun yang berzuhud dan sebagainya. Yang lebih parah golongan ini tidak boleh ditegur. Mereka cepat melenting kerana mereka menyangka mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam soal agama! Apa yang kita sedang hadapi sekarang pada zaman sains dan teknologi tinggi ini adalah bertentangan dengan harapan Rasulullah s.aw sebagaimana yang telah disabda oleh baginda saw iaitu “Ulama adalah pewaris Nabi-nabi”. Malangnya, kita semuanya sedang berhadapan dengan suasana berbeza iaitu ulama penentang Nabi saw !
Sabda Rasulullah saw :
“Bertanyalah pada diri kamu sendiri walaupun kamu diberikan fatwa oleh ahli fatwa ”(Riwayat Bukhari),
Ini membuktikan wujudnya penyelewengan ulama akhir zaman yang telah diberi kepercayaan maka berhati-hatilah.
Sabda Rasulullah saw :
"Pada mulanya terdapat kerasulan dan rahmat, selepas itu rahmat dan khalifah, selepas itu pemerintahan beraja yang rakus, selepas itu keangkuhan, kezaliman dan penipuan akan meresap ke dalam umat".
Di antara tanda-tanda pada akhir zaman adalah, kebatilan akan mengalahkan kebenaran. Hal ini akan terus berlaku sampai bila-bila lebih-lebih lagi dengan terkuburnya institusi khalifah yang berjaya dimusnahkan oleh Mustafa Kamal Attartuk pada tahun 1924. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membangunkan semula istitusi khalifah ini tetapi belum nampak hasilnya kerana menghadapi pelbagai tentangan dan sekatan yang hebat. Umumnya agama hanya boleh disampaikan oleh orang yang bertauliah dari penilaian dunia, walhal agama itu boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja yang ikhlas dan berilmu. Jika ada kesilapan dan kekeliruan, pihak berwajib (yang ada ilmu dan amal dengannya) atau mereka yang ahli dalam babnya sama-sama membetulkannya, bukanlah dikecam dengan ancaman tidak bertauliah dan sebagainya. Hakikatnya pentauliahan itu sedikit pun tidak ada nilai di sisi Allah swt, ianya hanya menyekat kebenaran yang didahagakan oleh umat Islam.
Setelah terkuburnya istitusi khalifah ini tidak bermakna terkuburnya semangat juang orang-orang Islam. Dari aspek spiritual, walaupun institusi khalifah berjaya ditumbangkan, roh (nur) Islam telah tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia dan tidak mungkin akan berjaya dihapuskan kecuali Allah swt sendiri yang mematikan semua orang mukmin. Maka yang tinggal ketika itu nanti hanyalah orang-orang yang munafik dan kafir zindik yang bakal menerima balasan penderitaan hebat dari Allah swt. Sebenarnya Mustafa bukanlah hebat seperti yang disangka. Beliau juga bukanlah seperti penentang-penentang yang lain seperti diperingkat permulaan Islam disebarkan. Jika beliau berada diperingkat permulaan Islam disebarkan sudah pasti bencana besar akan dihadapi di bumi Turki berserta dengan segala bala tenteranya seperti berlaku kepada kaum Tsamud, Ad`, Fir`aun, Namrud dan Qarun. Peristiwa bencana ini diakui oleh semua orang termasuk orang-orang kafir.

Di antara perkara yang telah diusahakan oleh Mustafa adalah beliau telah mengubal undang-undang mengharamkan pakaian menutup aurat bagi wanita, mengubah cuti mingguan dari hari Jumaat kepada Ahad, menukar perlembagaan Islam kepada perlembagaan Switzerland dan lain-lain lagi dan berjaya menjadi idola sesetengah pemimpin Islam. Apa yang diriwayatkan dan sangat menyedihkan, bumi Turki yang telah dipermodenkan oleh Mustafa itu sendiri tidak sudi menerima jasad mayat beliau sehingga pihak pengurusan pengkebumian yang terlibat terpaksa membina bangunan berbentuk kubah seberat 40 tan digunakan untuk menghempap mayat Mustafa yang terapung dan berkerandakan dari timah untuk disemadikan. Para pemimpin juga bercangah samada mayat beliau perlu dimandi dan disembahyangkan atau tidak!. Waullahu`alam.
Kesan daripada pengaruh pentadbiran Mustaffa, masih ramai lagi pemimpin Islam yang munafik sebagai sokongan dan memudahkan orang-orang kafir untuk terus menghancurkan Islam. Setelah kejatuhan institusi khalifah ini dalam tempuh masa lebih kurang 80 tahun yang lalu, pelbagai perlembagaan baru dan undang-undang baru dicipta untuk menyulitkan umat Islam. Hal serupa ini jugalah yang berlaku dalam negara kita yang baru sahaja 50 tahun merdeka. Perkara pokok dan paling utama dipersulitkan, diperketatkan dan dikelirukan adalah ibadah poligami. Hakikatnya Islam sudah menyediakan peraturan yang tersendiri tanpa perlunya ada yang baru.

Tidak perlu berlakunya TAJDID dalam soal poligami. Tajdid hanya perlu berlaku untuk tujuan membetulkan dari fahaman sesat dan bida`ah kepada kebenaran seperti apa yang telah diusahakan oleh Empat Imam-iman Mazhab (fiqh) tanpa mengubah satupun peraturan syarak yang asli. Tajdid bukanlah untuk tujuan pembaharuan iaitu menambah-nambah peraturan syarak yang telah terbukti adanya nas dan dalil yang kuat (sahih). Hakikatnya tidak ujud kekhilafan dalam perkara pokok.
Perkembangan masakini adalah, perkara maksiat dilihat seperti ibadat, perkara bida`ah nampak seperti sunnah, yang haram menjadi mubah (halal) atau berlakunya seperti berikut:
a. Adat dikatakan sunnah.
b. Sunnah dikatakan bida`ah
c. Bida`ah (haram) dianjurkan / tidak dihalang.
Firman Allah swt:
“ Barangsiapa tidak memutuskan perkara dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir. ”
(Surah Al-Maidah :44)

sedutan dari buku "Poligami Anugerah Tuhan" tulisan Md Lufti bin Yusof
terbitan Pustaka Global
Satu persoalan, apa pasai pompuan2 di Malaysia menentang poligami? siap tubuhkan kelab isteri taat lg! Sebab mereka tak faham apa tujuan poligami itu sendiri...
ReplyDeletesedangkan fakta yang terbentang di depan mata - pompuan lg ramai dr lelaki, perempuan paling ramai penghuni neraka (sebab byk bt maksiat), pompuan lah yg senang bt dosa (melacur dsbnya)...
Jadi dgn polgami sebenarnya membantu dan menjamin masa depan pompuan di akhirat. xde dosa bt maksiat, kurang beban hidup kalau berseorangan, tambah pahala dengan berkahwin, senang masuk syurga jika bernikah dll yg sewaktu dengannya........